Friday, May 4, 2012

aku memang suka sangat tulis-tulis..penuh satu kertas akan aku conteng bila gian nak menulis tu datang..bila dah tulis-tulis selalunya aku simpan kertas tu..bila jumpa balik aku akan buang sebab rasa macam tak ada apa sangat..

tapi satu hari, sedang aku mengasingkan kertas-kertas lama hasil simpanan aku yang hampir satu kotak besar penuhnya, aku terjumpa 5 helai kertas, 10 muka surat kertas A4 yang bertulis tangan menggunakan pensel..siap tulis mukasurat..aku  baca balik..macam tak percaya aku yang tulis benda alah tuh..

aku simpan dalam envelop kaler coklat yang selalu orang isi kertas A4 tu..sampai sekarang ada lagi atas meja kat rumah tu..niat nak sambung apa yang aku tulis tu..tapi inspirasi dah tak ada..teringin sangat nak sambung dan baca balik beberapa tahun kemudian..

kat tempat kerja aku sekarang ni masing-masing tengah sibuk layan novel melayu yang setebal kamus oxford tuh..aku try jugak nak baca..tapi tak berjaya..aku dah hilang skill membaca..terlalu banyak huruf buat aku jadik boring...beza sungguh masa aku zaman muda-muda dulu..

nak tulis-tulis pun malas yang amat sekarang ni..tengah tunggu keajaiban berlaku...nak taip pun malas..

yang aku tau, aku sedih sebab tak dapat attend wedding kengkawan aku sebab busy sangat2 sejak akhir-akhir ni..benci..mesti dorang tak nak datang kalao aku kawin nanti..sob3..

Saturday, April 21, 2012

to get over...

bukan strawberry crush, oreo crush dan sebagainya..bukan dalam golongan beverage yang sejuk dan lazat itu.

perasaan crush ini tak lazat. serius tak. especially kalau crush kita tu orang yang jarang dan tak selalu kita jumpa. atau dengan kata lain adalah impossible nak jumpa lagi.

tapi kalau celebrity crush itu sangat seronok sebab kita boleh tengok video atau gambar-gambar yang ada celebrity tersebut bila-bila masa kita suka buat pengubat rindu..hahah..dan yang penting kita aware yang celebrity crush itu hanya bersifat sementara.

aku tak sangka, dalam usia setua begini aku masih lagi di bayang-bayangi dengan perkataan dan perasaan yang menyampah ni. tak cukup-cukup dengan zaman sekolah dan zaman study dulu, sampai la ke sekarang pun nak jugak ulang benda yang sama. outdated sungguh.

di sebabkan aku ni seorang yang pemalu, (more tu penakut, sebab paling takut kena rijek), so setiap kali aku terjatuh suka kat seseorang aku akan terus diamkan saja. i'd rather keep it to myself since aku punya tahap keyakinan dalam diri ni memang melepasi tahap bawah zero. aku pun tak paham kenapa.

so, sepanjang zaman persekolahan, perasaan aku lebih tertumpu pada crush, yang biasanya bertukar sekali tiap tahun. kalau orang lain sibuk berkawan dan bercouple, aku cuba dapatkan sumber inspirasi melalui crush aku tersebut. sebab tu lah kot, selang setahun boleh tukar sekali. huhu..

zaman sekolah ngan zaman study dulu senang. perasaan tak sekaya sekarang. aku pun xpaham kenapa perasaan sekarang ni macam melimpah ruah. mungkin kerana peningkatan usia kot. dan mungkin juga kerana kucing aku di rumah itu tak sukakan kasih sayang dari jantina yang sama dengan dia. kalau dulu senang yang amat untuk get over seseorang itu, tapi sekarang, mau makan 4,5 bulan baru boleh clear kan kepala.

tapi masalah besar timbul bila terjumpa balik dengan crush lama itu. kununnya dah get over him la kan. tapi hari tu jumpa tak sampai 2 jam, bercakap tak sampai cukup 1 ayat, akibatnya dekat seminggu jugak la nak get over benda-benda ni semua.

oh, lupa nak masukkan satu fact penting kenapa aku selalu diamkan saja perasaan aku terhadap crush aku tu. sebab kebanyakaan mereka, rasanya semua, kesemua orang yang pernah aku terjatuh suka dulu adalah orang yang salah. maksud salah, dia dah ada girlfriend, tunang, nak kahwin, smoking, dan sebagainya. giler apa nak mencelah dalam kisah hidup orang lain?

bukan style aku kot..

hurm...

 so, apa yang aku harapkan lepas posting topik yang memang aku x pernah post sebelum ini adalah, aku boleh bebas dari rasa yang penat nih..cukup lah cik ross oih..

p/s: aku x pernah tanya kot bila kamu-kamu semua nak tamatkan zaman single (kecuali qila), so hopefully anda tak perlu tanya soalan itu pada diriku. just so you know, aku  memang forever alone dari dulu lagi.

Saturday, March 17, 2012

free call yang terbazirkan..

ini masalah terbesar aku setiap tahun..sejak maxis bagi freecall selama satu hari bila time birthday, aku tak pernah gunakan call tu dengan sebaiknya..haha..sorry qila, bukan aku tak nak call ko malam tadi, serius tak sedar diri..aku pun tak ingat apa yang aku buat petang tu sampai aku terpengsan..

tadi mak mesej..macam biasa dia tanya selamat malam..semalam dia ucap selamat malam, tanya dah makan belum..tadi dia ucap selamat malam dan tanya kakak aku kat mana..ni mesti sebab kakak aku tak balas mesej dia kot...haha..it's my birthday dan orang yang dia cari adalah kakak aku..haha..

patutnya aku call mak aku dan cakap terima kasih kat dia sebab sudi lahirkan aku 25 tahun yang lepas...walaupun aku kecewakan dia dilahirkan sebagai perempuan, sedangkan dia sangan menginginkan anak lelaki, tapi dia tetap jaga aku dengan baik..better dari baby yang kena buang dengan mak dia sebaik di lahirkan..thanks mak..

dan di usia 25 tahun ni, aku masih lagi single..its not a good thing for me..boleh tak aku nak seseorang sebagai hadiah birthday aku?

Friday, March 9, 2012

how to flirt a guy without losing your pride.

i want to know.

really.

Tuesday, March 6, 2012

pagi tadi aku buat budak nangis lagi..

haha..

aku gelak sebab aku dah berjaya buat budak yang paling keras hati dalam dunia menangis tersedu-sedan..syahdunya mengalahkan para wanita menonton ombak rindu..sepanjang 3 bulan budak tu blajar kat tempat aku ngajar, setitis air mata pun dia tak pernah rembeskan..apetah lagi nak bermuram durja bila di gertak tak payah balik..

mampos la aku kalau mak budak tu tau..

disebabkan aku dah terbiasa tengok dan buat budak menangis, aku biar je budak tu menangis..pujuk awal-awal sure tak jalan..budak 6 tahun je pun.. lelaki...tapi dia ni spesel sikit..kau marahlah dia guna nada paling tinggi ke, tengking la keras macam mana sekali pun, dia cuma akan senyum. senyum sambil buat muka tak ada apa jadik. langsung tak ada perasaan. yang dia tau, ketawa dan senyum.

gila annoying jumpa budak macam tu kan..badan dia besar. macam budak darjah 5. so kalau aku nak takutkan dia nak masukkan dia dalam tong sampah besar yang banyak bahan buangan pampers tu atau nak campak masuk dalam mesin basuh yang tengah berputar pun, dia akan senyum dan gelak jek.. sebab dia tahu aku takkan larat walaupun aku ni memang dah sedia ada besar..

so, bila ana cakap dia tak pernah tengok budak tu menangis, ak pun tiba-tiba datang idea jahat aku tu..

kalau budak keras hati sangat macam dia, cara yang paling senang ialah provoke..tak ada lah aku cakap benda yang tak elok..aku kan contoh kepada pelajar lain..so,sepanjang 20 minit bebudak tengah hafazan doa, aku pun mula kan operasi aku sendiri...

dan akhirnya satu kelas terkejut sebab budak keras hati yang kuat tersengeh bila orang marah dia tu menangis teresak-esak dan tersedu sedan akibat perbuatan aku..maaf ye..0-0 ye kita..hilang semua perasaan annoying selama 3 bulan aku kat dia..hahaha..

aku tak adalah rasa bersalah sangat..sebab aku pikir baik diorang nangis awal-awal, pastu jadi lebih tabah..bila dah masuk sekolah rendah karang tak ada la kena marah sikit terus merembes air mata macam nobita..huhu..

risau gak, bila dah buat macam-macam kat anak orang, tak pasal-pasal nanti orang lain buat kat anak kita pulak kan..tapi tak ada pun aku buat benda yang sammpai boleh ganggu emosi diorang ke apa kan..cuma tambah secebis kenangan je dalam memori sepanjang kehidupan diorang..


dan secebis lagi kenangan aku sepanjang berada disitu..